Mesej Disimpan 2.0, Mesej Suara Sekali Dengar dan 8 Lagi Ciri

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
TITLE

Sepanjang Januari, kami menambah 10 ciri baru untuk Telegram – termasuk Mesej Disimpan yang dinaik taraf, mesej suara sekali dimain dan mesej video yang terhapus selepas dimainkan, status dibaca terperinci yang memaparkan jam berapa mesej anda dibaca, dan banyak lagi.

Mesej Disimpan 2.0

Setiap pengguna Telegram mempunyai bual yang dinamakan Mesej Disimpan, tempat untuk nota, peringatan, dan mesej dimajukan dari bual lain.

Kemaskini ini menjadikan Mesej Disimpan sebagai sistem storan perkasa untuk link, media dan tanda buku anda. Anda kini boleh lihat mesej disimpan anda mengikut bual atau sebagai senarai, susun mereka dengan tag, dan guna tab 'Disimpan' baru dalam Media Dikongsi untuk akses mesej yang anda simpan dari bual tertentu.

Lihat Mesej Disimpan ikut Bual

Mod Lihat sebagai Bual baru membolehkan anda nampak senarai bual dari mana anda majukan mesej tersebut. Bual ini akan mengandungi mesej yang anda majukan ke Mesej Disimpan dari pengguna, grup, dan saluran. Anda boleh semat mana-mana bual ini ke atas.

Untuk tukar paparan, cukup dengan tekan pada tajuk dalam Mesej Disimpan anda. Anda juga boleh tekan ⋮ / ⋯ dan pilih 'Lihat sebagai Mesej atau 'Lihat sebagai Bual – dalam kes ini, Mesej Disimpan akan dipaparkan dalam mod yang dipilih bila anda bukanya di lain kali.

Premium Tag untuk Mesej Disimpan

Lagi dalam susunan, anda boleh tambah pelbagai tag kepada Mesej Disimpan anda yang membolehkan anda dengan pantas tapis mereka dalam Carian.

Oleh kerana tag berdasarkan pada emoji, menambah tag adalah semudah menambah reaksi, tetapi tag juga boleh mempunyai nama. Tag sudah tersedia untuk semua pengguna Telegram Premium.

Untuk cari Mesej Disimpan anda, tekan ikon 🔍 di penjuru atas. Tag anda akan menjelma di bawah bar carian – hanya dengan menekan tapis carian anda pada tag tersebut.

TITLE

Mesej Disimpan dalam Media Dikongsi

Bual, grup dan saluran semua mempunyai seksyen media dikongsi untuk mengakses foto, link, muzik, dan lain-lain dengan pantas. Kemaskini ini juga menambah tab Disimpan baru, yang mengandungi mana-mana mesej dari bual yang anda majukan ke Mesej Disimpan anda.

Carian Dinaik Taraf

Kami telah menambahbaik carian dalam semua bual, dan kini ianya lebih mudah untuk melayari keputusan carian anda dan lihat mereka sebagai senarai padu.

TITLE

Panduan: Cara yang paling pantas untuk buka carian dalam mana-mana bual adalah dengan tekan dan tahan pada topiknya.

Mesej Suara dan Video Sekali Main

Aturan Lihat Sekali kini tersedia untuk mesej suara dan video. Mesej sedemikian hanya boleh dimainkan sekali sebelum mereka dihapus secara automatik – dengan animasi yang akan membuat anda ingin mengirim mereka lagi dan lagi.

Untuk merakam lihat mesej sekali, tekan lama dan kemudian leret ke atas untuk kunci rakaman, kemudian tekan ikon lihat sekali sebelum mengirim.

Henti Sekejap dan Sambung Rakaman

Ketika merakam mana-mana mesej suara atau video, anda kini boleh henti sekejap dan kemudian sambung rakaman di lain masa – dan bukannya mengirim beberapa mesej.

Untuk henti sekejap, leret ke atas untuk kunci rakaman dan tekan butang henti sekejap ⏸️. Untuk sambung rakaman, hanya tekan ikon mikrofon atau kamera sekali lagi.

Waktu Dibaca dalam Bual Peribadi

Bila anda kirim mesej, 1 tik (✓) bermakna ianya dikirim, sementara 2 tik (✓✓) bermakna ianya telah dibaca – dan dalam bual 1-dengan-1, anda kini boleh nampak waktu tepat bila mesej anda dibuka.

Waktu dibaca mempunyai aturan privasi terperinci tersendiri, berdasarkan pada status aturan privasi Terakhir Dilihat. Jika anda sorok Terakhir Dilihat anda dari sesetengah pengguna, anda juga boleh pilih untuk sorok status dibaca anda dari mereka.

Untuk melindungi privasi, waktu dibaca dalam bual peribadi hanya dapat dilihat untuk 7 hari sebelum dihapus – sama seperti dalam grup.

Premium Waktu Terakhir Dilihat dan Dibaca Satu Arah

Sebagai paras asal, menyorok terakhir dilihat anda atau waktu dibaca dari pengguna juga akan sorok mereka punya dari anda. Namun dengan Telegram Premium, anda boleh sorok waktu terakhir dilihat dan dibaca anda dan masih boleh nampak bagi yang kongsi mereka punya dengan anda.

Jika anda sorok waktu terakhir dilihat atau dibaca, ianya akan sentiasa tersorok dari semua pengguna – termasuk pengguna Premium.

Premium Permisi Mesej Peribadi

Dengan kemaskini ini, pengguna Premium boleh memilih siapa yang boleh kirim mereka mesej – samada 'Semua Orang' atau 'Kenalan Saya dan Pengguna Premium'. Bila didayakan, pengguna yang bukan kenalan atau tiada Premium tidak boleh mula bual dengan anda – tetapi boleh balas jika anda mesej mereka terlebih dahulu.

Jika anda terima mesej yang tak diundang dari pengguna lain, terdapat butang di bahagian atas bual untuk sekat pengguna dan menyedarkan moderator kami.

Premium Memuat Lebih Pantas dan Stori Berkualiti Tinggi

Stori video kini akan memuat Video 4x lebih pantas. Kami juga telah tambah aturan baru bagi pengguna Premium untuk menonton stori video dengan kualiti lebih tinggi – jika mereka tidak kisah dengan tambahan trafik.

Semua pengguna kini boleh kawal kelajuan main balik dalam stori video.

TITLE

Reka Bentuk Baru untuk Kenalan Dikongsi

Mesej dengan kenalan dikongsi kini kelihatan lebih menarik dan mencerminkan warna dan ikon emoji yang pengguna ini pilih dalam Aturan Penampilan mereka.

TITLE

Mesej Video Lebih Baik pada iOS

Selain dari mod sekali dan berhenti sekejap & menyambung, kami telah menambah baik rakaman mesej video pada iOS. Kini, anda boleh nikmati kualiti video yang lebih terang, tukar kamera di antara depan dan belakang dengan lebih pantas, dan nikmati pengurangan getaran kamera.

Ikon Aplikasi pada macOS

Dengan versi terus Telegram untuk macOS, anda kini boleh pilih dari 15 ikon untuk seragamkan aplikasi anda dengan tema anda atau untuk lebih menonjol di dok.

Untuk tukar ikon aplikasi anda, pergi ke g Aturan > Keterampilan > Ikon Aplikasi.


31 Januari 2024
Pasukan Telegram

Berita Lain

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024