Penampilan Saluran, Pos dalam Stori dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Penampilan Saluran, Pos dalam Stori dan Lagi

Dalam kemaskini Krismas ini, saluran boleh set kertas dinding, status emoji dan logo profil, pengguna boleh pos semula mesej saluran ke stori, Telegram Premium boleh diberikan kepada beberapa orang sekaligus, pemberian boleh mengandungi hadiah tambahan dan banyak lagi.

Penampilan Saluran Tersuai

Saluran kini dapat disesuaikan penampilan mereka apabila mereka memperolehi tahap hasil dari tingkat oleh pelanggan atau pemberian.

Selain dari warna mesej mereka, pemilik saluran kini boleh pilih warna dan logo untuk penutup profil mereka, setkan status emoji dan kertas dinding yang boleh dilihat oleh mereka yang membuka saluran.

Untuk status emoji mereka, saluran boleh memilih daripada ribuan emoji yang dibuat oleh artis Telegram, menambahkan apa sahaja daripada manusia salji beranimasi kepada ayam panggang kriptik di sebelah nama saluran.

Untuk menyesuaikan saluran anda, buka profilnya dan pilih Aturan Saluran > Penampilan.

Tahap saluran menentukan aturan penampilan yang tersedia. Saluran peringkat tinggi juga boleh pos stori dan tambah reaksi tersuai.

Kongsi Pos dalam Stori

Mesej dari saluran kini boleh dipos semula sebagai stori. Ini menambahkan salinan mesej, yang boleh anda alihkan, ubah saiz dan hias. Sesiapa sahaja yang melihat stori anda boleh tekan untuk membuka mesej dalam salurannya.

Pos semula menyokong semua jenis mesej – seperti foto, fail dan juga mesej suara atau mesej video. Di kemaskini akan datang, pos semula ke stori akan mendapat ciri tambahan, seperti pol interaktif.

Untuk pos semula mesej, tekan Anak Panah Kongsi di sebelah mesej dan pilih 'Pos Semula sebagai Stori'.

Hadiah Premium Besar-Besaran

Untuk ucapan tahniah kepada rakan-rakan, anda kini boleh memberi hadiah Telegram Premium kepada beberapa orang serentak – dan mengirim hadiah Krismas dalam rekod masa terpantas.

Dalam Aturan terdapat bahagian 'Hadiah Premium' baru, di mana anda boleh memilih sehingga 10 pengguna dan memberi mereka Premium Telegram dalam satu tekanan. Jika salah seorang pengguna tersebut sudah mempunyai Premium, mereka boleh menyimpan hadiah untuk aktifkan kemudian atau menghantarnya kepada rakan.

Premium juga boleh dihadiahkan kepada pengguna individu dari Profil > ⋮ / ⋯ > Hadiah Premium mereka.

Hadiah Tersuai dan Senarai Pemenang dalam Pemberian

Saluran yang menganjurkan pemberian hadiah kini boleh mengesetkan tempoh yang lebih lama dan menentukan hadiah tambahan – untuk mengundi segala-galanya daripada burrito hingga Bugattis.

Untuk lebih ketelusan, hos pemberian boleh menogel 'Tunjukkan Pemenang' untuk mengumumkan akaun yang menang. Jika ini didayakan, pemenang bertuah diumumkan dalam mesej penuh konfeti baru.

Telegram memilih secara rawak pemenang dan mengedarkan secara automatik kod hadiah Telegram Premium. Pentadbir saluran bertanggungjawab untuk menyampaikan sebarang hadiah tambahan yang mereka ingin masukkan.

Lihat Pos Semula dan Lagi

Pengguna sudah boleh melihat siapa yang melihat stori mereka dan cara mereka bertindak balas – dan saluran mendapat statistik terperinci untuk menjejaki prestasi stori mereka.

Dengan kemaskini ini, pentadbir saluran kini boleh melihat reaksi kepada stori mereka dan kedua-dua pengguna serta saluran boleh melihat siapa yang pos semula stori mereka.

Potongan Foto untuk Stori

Foto dari galeri anda boleh diletak di bahagian atas pada stori – dan kini anda boleh hapuskan latar belakang dari imej haiwan peliharaan anda, rakan dan artifak legenda anda.

Untuk menambahkan foto pada stori, buka panel stiker dalam stori dan tekan ikon foto. Kemudian pilih foto, tekan > dalam menu dan 'Potong' untuk memadamkan latar belakangnya. Ciri ini perlukan iOS 17+ atau Android 7+ dengan Google Play Service dipasang.

Itu sahaja untuk kemaskini hari ini – kami akan cuba untuk memuatkan lagi ciri ke dalam corong asap sebelum tahun ini berakhir.

Selamat Bercuti Akhir Tahun!


23 Disember 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024