Tingkat untuk Grup, Stori, Penampilan, dan Ciri Premium untuk Ahli

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Stories for Groups and 8 More Features

Telegram membawa bual dalam grup ke tahap baru dengan 9 ciri baru yang mentakrifkan semula komunikasi di kalangan komuniti besar. Kini, grup boleh menerbitkan stori dan menyimpannya sebagai pos pada laman profil mereka. Grup boleh mengeset kertas dinding unik dan status, serta menyesuaikan penampilan mereka hingga ke butiran terbaik, termasuk warna dan logo kulit profil grup atau corak link. Semua ciri ini sudah tersedia dan mungkin dibuka oleh ahli grup yang boleh meningkatkan bual kegemaran mereka. Grup yang ditingkat sedemikian kini juga boleh menawarkan penukaran Suara-ke-Teks dan Emoji Tersuai premium kepada ahli mereka.

Tingkat untuk Grup

Grup kini boleh memperoleh tahap, terima kasih kepada tingkat dari ahli atau pemberian. Selain dari stori grup dan penampilan tersuai, tahap yang lebih tinggi memberi ahli akses kepada ciri premium seperti suara-ke-teks dan emoji tersuai apabila menghantar mesej di grup.

Stori dari Grup

Kemas kini ini memperkenalkan cara komunikasi baru dalam grup, yang mana pentadbir kini boleh mengepos stori. Balasan dari ahli akan dihantar kepada grup, mencetuskan perbualan baru.

Untuk pos stori sebagai grup anda, samada tekan ikon stori (+) pada profil grup atau pilih grup dalam seksyen 'Pos Stori Sebagai' di editor stori.

Status Emoji, Kulit, Kertas Dinding, dan Corak Link

Grup yang ditingkat menyokong opsyen penyesuaian unik, yang hanya tersedia di Telegram. Anda boleh menukar warna dan logo kulit profil grup anda, mengeset status emoji, dan memilih kertas dinding yang akan kelihatan kepada semua yang membuka grup.

Untuk status emoji, grup boleh memilih daripada beribu-ribu emoji yang dicipta oleh artis Telegram, menambahkan apa sahaja daripada pad permainan beranimasi kepada terung samar di sebelah nama grup.

Untuk menyesuaikan grup anda, buka profilnya dan pilih Sunting > Penampilan. Tahap grup menentukan aturan penampilan yang tersedia.

Pek Group Emoji

Grup tahap lebih tinggi membuka beberapa ciri Telegram Premium untuk komunikasi dalam bual.

Pentadbir boleh memilih satu pek emoji tersuai yang semua ahli dibenarkan untuk gunakan dalam grup — walaupun mereka tidak mempunyai Telegram Premium.

Anda boleh memilih set emoji yang dicipta oleh artis Telegram atau cipta pek unik khas untuk grup bual anda.

Suara-ke-Teks dan Lagi

Ahli grup yang ditingkat juga boleh menikmati transkripsi suara-ke-teks tanpa had untuk mesej suara dan video yang dikirim dalam grup.

Ini hanyalah peringkat permulaan – kemas kini masa hadapan akan menambahkan lebih banyak ciri untuk memperkasakan grup bual anda.

Senarai semua faedah grup yang tersedia di setiap tahap boleh ditemui di sini.

Permisi untuk Tahap

Mesej daripada pengguna yang meningkatkan grup mempamirkan Lencana Tahap khas, yang berkembang dengan setiap tahap dikirim. Pentadbir boleh menggunakan kebenaran khas untuk peningkat, memberi mereka keistimewaan unik, seperti mengabaikan Mod Perlahan atau sekatan lain.

Telegram Premium termasuk 4 tingkat yang boleh diberikan kepada mana-mana grup atau saluran — dan anda mendapat 3 tingkat lagi setiap kali anda memberikan Premium sebagai hadiah.

Kami merancang untuk masukkan 5 lagi ciri pada kemas kini ini, namun Panglima App Store tidak menggemarinya. Tidak mengapa - anda akan dapat melihat ciri tersebut dalam masa terdekat dalam kemas kini pada Mac nanti!


29 Februari 2024
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024

미니 앱 바, 미디어 광고, 스토리 검색 등 더 보기

6월 업데이트에서는 미니 앱을 최소화하여 컴팩트 바로 만드는 방법을 추가하고, 콘텐츠 제작자가 유료 사진 및 동영상으로 채널을 수익화할 수 있도록 도우며, 해시태그 또는 위치로 검색하고 새로운 링크 위젯을 도입하여 스토리를 개선할 수 있게 됩니다.
30 Jun 2024